Duduk Iftirash
Kebanyakan
kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat
gambar rajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan
kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat
tekanan bawah & tengah kaki.
Duduk
iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi
orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan
reflexology' untuk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian -
Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc seperti
didalam gambar rajah).
Ini
merugikan!! Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga
kita dapat pahala kerana mengikuti sunnah dan juga amalan kesihatan yg
menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk
bahagian-bahagian kritikal - seperti otak, leher, tengkuk dan
sebagainya.
Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:
"Aku
melihat Nabi Muhammad saw, apabila Baginda SAW duduk pada rakaat yang
kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan
menegakkan kaki kanan" (Duduk iftirash)
Hadith shohih riwayat Bukhri dan pengajaran hadith:
Disunatkan
duduk iftirash pada tahiyyat pertama. Duduk iftirash juga disunatkan
semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk
sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
Amalan
duduk iftirash adalah sunnah Rasul SAW dan apabila kita mengamal dan
menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat
pahala dan keberkatan dari Allah SWT. Amalan-amalan Rasul SAW adalah
bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT. Selamat
beramal dan menyampaikannya.
By Shaykh Abdurrrahman Yusuf Mangera